BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 27, 2012

Sampaikanlah, walau hanya satu ayat.

"Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya,
nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan.
Dan Dia akan memberikan karunia-Nya kepada setiap orang yang berbuat baik.
Dan jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (Kiamat)." [11:3]


Aku pernah dengar orang cakap, bisikan syaitan tu boleh diibaratkan macam sudu yang mengacau secawan kopi; bila kita keluarkan sudu tu, kopi tu masih berpusing perlahan-lahan ikut arah yang kita kacau tadi.
Macam keadaan kita sekarang lah, walaupun syaitan sedang dibelenggu, hasutan-hasutan dia yang dulu-dulu tu, mungkin ada terlekat dekat hati kita. Contohnya, kita tau yang bulan Ramadhan ni, segala amalan yang kita buat, pahala dia berlipat ganda dari bulan-bulan biasa. TAPI, kita masih bazirkan masa dekat benda-benda yang tak berfaedah sebab kita dah biasa macamtu. Contoh lain, kita tau, puasa ni bukan sekadar tahan lapar dan dahaga, kita kena pelihara hati dan lidah dari benda tak elok jugak. TAPI, kita masih mengumpat, mencarut. Sebab mind kita dah diset yang 'benda-benda ni semua no big deal'.

Aku hampir tertulis 'sekarang ni kita ada DUA pilihan; sama ada untuk stay macamtu, ataupun ambil peluang untuk baiki diri.' tadi.
Tapi lepas fikir-fikir balik, 
SIAPA YANG AKAN PILIH PILIHAN PERTAMA bila SEKARANG adalah WAKTU TERBAIK untuk berubah, berhijrah, bertaubat?! SEKARANG ni lah masa untuk kita pegang sudu kita sendiri, kacau slow-slow, berjinak-jinak buat benda baik. Liat, memang liat, tapi bila lagi? Allah dah bagi peluang elok-elok ni, janganlah kita sia-siakan. Siapa tahu lepas Ramadhan nanti syaitan mungkin kembali dengan lebih power, dengan taktik lagi mantap, dan kita pun tertunduk sebab tak sempat nak asah diri.( نعوذ بالله من ذلك ) 
Soalan lagi penting, SIAPA TAHU KITA SEMPAT HIDUP SAMPAI LEPAS RAMADHAN ATAU TAK? Ajal tak tunggu kita, my friends.

Tak dinafikan, ada sesetengah orang yang mempergunakan Islam hanya sebagai 'trend'. Jujur cakap, aku pun kadang jadi ragu-ragu nak share something Islamic. Takut dipandang serong. Takut dilabel bukan-bukan. Tapi bila fikir balik, wth? Kenapa aku perlu ambil kisah pasal apa yang orang nak cakap? Siapa yang aku nak please sebenarnya? Dia atau orang ramai? Lagipun niat kita, keikhlasan kita, bukannya Allah tak tahu semua tu. Kita tak perlukan approval orang lain pun sebenarnya. So, nasihat aku untuk orang yang sedang berubah, yang tak konfiden or takut dipandang sebagai pengikut trend dsb, chill je. Kalau niat tu betul, Allah akan bantu,   إن شاء الله   :) 

Sebagai penutup, eloklah rasanya aku sertakan quote Imam Ali Ibn Abi Talib, 
“There is always enough light for one who wishes to see.”
Berusahalah, sebab sekecil mana pun usaha kita, Allah itu Maha Melihat.
Berdoalah, sebab seperlahan mana pun suara kita, Allah itu Maha Mendengar.
Bertaubatlah, sebab sebesar mana pun dosa kita, Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang.
إن شاء الله

Assalamualaikum dan selamat berpuasa! :)


Nota kaki: Hanya meluahkan apa yang terbuku di hati. Sesungguhnya entri ini ditujukan untuk diri sendiri juga buat peringatan bersama. Dipendam lupa, dikongsi berkembang :)

5 KOMENTAR:

Hanif said...

dipendam lupa, dikongsi berkembang..✓ utk entry ni..menusuk :)

Teratai Biru said...

salam ramadan, huda dear...

love this entry very much...

*senyum kenyit mata*

huda said...

@hanif: haha siap ada ✓ lagi.tanda kertas ke apa bro?thx 4 d cmmnt!:D

@gja: eh hai gja!love smpai peluk peluk kita dari jauh kan kat tuiter.hihihih

mardhiah said...

gud one huda! :)

inthedarkness said...

hensem siot huda nyer post