BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label japang. Show all posts
Showing posts with label japang. Show all posts

Friday, April 8, 2011

chips lebih

aku ada cikgu tugasan.
tanoue nama dia.
nak diskus isu-isu sirius seperti result xm, cuti sakit dll mesti kena jumpa dia.

dan setiap kali nak jumpa dia, hati aku mesti bedebaqdebaq resahgelisah.
tak keruan lah orang tuatua kata.
bukan sebab dia kacak macam james franco.

BUKAN.


cuma..
hmmm..
cuma..
cuma dia ada tahi lalat di tepi hidung.

BESSAAAA PUNYIAAA! :O
dan itu sangat mengganggu.
menyeksa jiwa raga aku.
mencelarukan otak aku.
menyesakkan nafas aku.
EH DAHDAH LA TU!
jenuh fikir nak pandang mana.
orang kata, a good listener mendengar sambil memandang orang yang bercakap itu in the eye.


TAPI AKU TAK BOLEH!
mata aku nak jugak pandang yang 'itu'.
aku selalu harap dia tak perasan.
tapi yelah, mata aku ni bukannye kecik.
kesian dia..tapi tulah..orang putih kata i can't help it.
memang senyap-sunyi bila jumpa dia.
sirius awkward :(
kalau kasi play lagu cemni sikit;




dah jadikan macam scene gunfight cowboy taw.


paling best, ada satu hari tu, masa jumpa dia, aku jadi lapiaq.
sebab apa?
sebab bila tengok benda tu lamalama;
aku terbayangkan;

hershey kisses!
ahaks daymn gurrll!


k masa dah time.
nak pergi sekolah dulu, babai!


Monday, March 14, 2011

warkah untuk aya copperfield

"you are the reason that i breathe
you are the reason that i still believe..
you are my destiny..jai hooooo
oh oh oh oh"
parya start memekik daaah bingit lah saitonn!


kehadapan sahabat baikku aya copperfield yang masakan nasi lemak penuh magisnya bakal dirindui selalu,

takpayah nak tacing sorangsorang sangat layan '3gp' kita tau.
aku balik esok kot.
ada masa lagi ni kalau nak manjamanja, grab the chance lah omputey kata.
bukan senang aku nak bagi kasih sayang freefree ni.
malumalu takdapat la brahh, aku bz kot ni.
tapi kalau sekali mintak, ajak pulak buat macam dalam poster, paghah jugak.
nak kena tumbuk muka tu agaknye.


okai sambung balik.
berat rasanya hati ini untuk mengakui bahawa journey osem kita bakal berakhir esok hari, saat jejaknya kaki kurusku ke dalam bus balik kampung yang susah benar dijumpai tiketnya.
kenangan manis teksi 700yen, perjumpaan dengan senpai kacak, serta kehebatan carijalan kita bersama jangan dilupa tau ;)
vavee masalah jugak nak bina ayat tacingtacing ni, buang masa betul tau.


thanks la wey kasi stay rumah sampai seminggu jugak.
air, letrik, ayam, telur, beras semua.
sempat berguru satu dua resipi.
trick santan kau sumpah epik dowh aku ingat sampai bilabila punyaa, hidup master aya!
*tunduk hormat*
thanks bagi menyempit tidur satu bed satu selimut.
*walaupun cara lipat selimut kau pelik, kaki aku je dia cover*
shampoo, shower foam, ubat gigi, towel semua, thanks.
*walaupun toilet kau kecik nak mamp, aku pusing sikit habis shower foam semua jatuh.ke aku yang besa sangat ni, aduuh rasa macam dicucukcucuk hati ni ha*
*oh oh n walaupun 'shower' kau sangat mantap nak mandi kena bersila dalam bath tub XD*
mesti rasa nak lempang aku kan banyak sangat walaupunnya :D
thanks weh kasi pinjam ifon masa kat saitama buat aku hiburkan hati.
patu kasi pinjam telinga dengar luahan hati seorang sahabat.
*hallamakk ayat menjadi semakin sentimantel, lempang aku puhlis, tengs*


aku balik jangan rindurinduanye buun.
takde dah orang nak susahkan kau ajak teman pergi aeon pagipagi buta cari kudapkudap.
takde dah orang nak ajak kau tengok jozan sampai lebam.
takde dah orang nak joget sakan depan kau buat muka parya.
takde dah orang nak ulangmain lagu my life would suck without you.
haha FAK APE yang tu pon nak masuk list susah jugak.
honestly, sampai fukui nanti duduk sorangsorang balik mesti rasa lainmacam :(
kau pon, suami outstation, bosanbosan buzzbuzz la sikit.ajak oovoo ke.
kalau aku bz aku tak layan lah, senang kan?muahahahh


okailah, lastly, layan gambar lah yuk.kasi leleh sikiit ahaks
thanks ejat, jannah, zimah, ata, zada, bull jugak.for the time, for the hiburan :D
srsly best hol evvarr ;)


sebagai penutup, nah fav pic dan 3gp untuk semua;

hoh gelak saiton tu sirius buat aku gelak everytime.
aite wish me luck saishi tengok buku everybodayy! :">
kalau ada sumur di ladang,
boleh lah kita berjumpa lagi.
pantun camne tu tak rhyme lansung kbai


Sunday, February 20, 2011

learning japanese versi mindfuck

soalan:

buat kesimpulan ringkas tentang hubungan bilangan kunai dan maksud yang bakal diperoleh.
diberi persamaan basic;
kawaii = comel
kunai = tak
takcomel = hodoh
takhodoh = comel



jawapan:

jika kawaikunai = comel(tak) = takcomel = hodoh
maka kawaikunakunai = hodoh(tak)
jadi kawaikunakunai = takhodoh = comel.
apabila bilangan kunai adalah satu, maksud yang diperoleh adalah hodoh.
apabila bilangan kunai adalah dua, maksud yang diperoleh adalah comel.


seterusnya,
kawaikunakunakunai = comel(tak) = takcomel = hodoh
jadi kawaikunakunakunai = hodoh
apabila bilangan kunai adalah tiga, maksud yang diperoleh adalah hodoh.


seterusnya,
kawaikunakunakunakunai = hodoh(tak) = takhodoh = comel
jadi kawaikunakunakunakunai = comel
apabila bilangan kunai adalah empat, maksud yang diperoleh adalah comel.


kesimpulannya;
jika bilangan kunai adalah nombor ganjil, maka maksud yang akan diperoleh adalah hodoh.
dan jika bilangan kunai adalah nombor genap, maka maksud yang akan diperoleh adalah comel.

sumpah takde orang nak masuk minang, masuk air semacam aku ni.
@_@
fuuuh baru boleh beradu dengan tenang kbye.


Sunday, February 13, 2011

you know you love me, XOXO

kehadapan senpaitachi yang ingin saja dipelukcium kalau semuanya dilahirkan berbinti;

 on 365 Project on 365 Project
first sekali, bagi ku pasang melodi indah pelamin anganku musnah nyanyian azie dulu buat bagi feel untuk ku menulis secara romantis, terima kasih.


jadi, di malam yang hening-bening lagi sunyi-sunyian kilat sabung-menyabung guruh bersahut-sahutan ini, ingin ku coretkan sepatah dua kata buat tatapan senpaitachi tersayang sebagai pengganti ucapan malam kelmarin.seribu kemaafan dipohon jika keenggananku malam itu mengundang calar balar di hati kalian.tiada niat utuk melukai, cuma keresahan bertandang di hati akibat hilangnya katakata.


jadi biar ku simpulkan apa yang terbuku di hati selama ini dan sampaikan semuanya dalam satu entri.
.
.
.
.
.
.
.

mana curahan idea waktu ku di pembaringan tadi?lahanat!
mungkin semua telah hilang dalam pekat malam. (thumbs up kepada diri sendiri.sumpah ku rasa ayat ini sangat romantis)


tahniah kerana berjaya menamatkan pembelajaran dengan warna berterbangan.
terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar yang selalu berkesan memberi keinsafan untuk satu dua hari.
terima kasih atas sokongan, dorongan dan tulang belakang yang diberikan terutamanya dalam hal pembelajaran.
terima kasih untuk kenangan kenangan indah yang tidak bisa ku lupa selama dua tahun kita bersama.
terima kasih kerana berada di sana bila ku memelukkan eh memerlukan.
ku pasti akan merindui gelak tawa gurau senda kalian kelak hari.


akhir kata, maafkan kesilapanku keegoanmu jika ada terkasar bahasa, terlebih kata, terlanjur bicara *wtf ayat panjang lebih, maksud sama je kan*
manusia ni kadangkala belajar mendengki membenci mengata belakang dahulu sebelum belajar untuk menyintai ♥
letakla hati sikit bagi nampak manisnya cinta :)
dan smiley untuk nampak teman tapi mesra.


sebagai penutup, ku harap kalian suka akan video ku buat penuh kasih sayang ni.amboi garang betul taw muka beng ni;


yang benar; kohai paling romantis.






notakakitaksabarnakmainsnobodesok; fuck everybody i booked blender k ckyn n bed quyyum! ahaks


Friday, February 4, 2011

jerawat dalam mata wtf bro

sayew telah ditag oleh k muniew yang sukew menekannekan kibodnyew untuk mengelistkan 25 random things pasal diriw sayew sendiriw okay that's annoying.
so apa ditunggu lagi tu jemputlah bacaa *mengenyit mata*


FAKTA ASAS

1)huda ramli, warganegara malaysia walaupun muka kat ic sumpah indon, 55kg yaitu berat tulang :">

2)gambar terkini:

3)gambar keluarga:

FAKTA SAMPINGAN

4)aku takut kepada hampir semua binatang.the fact that these creatures can move like human do, but they are not actually human really scares me you know.amboi main bahasa london taw dia.tapi sirius dow, aku memang takboleh nak pegang sebarangsebarang ni.tengok orang pegang kucing rasa nak pegang jugak.tapi baru usap sikit aku rasa tulang dia gerakgerak lepastu terus rasa macam euwhh.cakap pasal kucing, kakak adek aku sukaa sangat nak main campakcampak kucing kat aku boleh heart attack taw kalau selalu kena cemni i hate you all.

5)dulu suka color oren&kuning, lamalama fikir asal parya sangat color ni, tukar, pergi suka hitam,merah,putih pulak.lepastu bosan tukar lagi suka color pink.sekarang taktau nak suka color ape dah.suka semuaaa kot.

6)dulu aku masuk satu karok contest ni tau, kat UM.masa tunggu turn aku borak dengan sorang macik n mamat kacak ni.borak punya borak tibatiba macik tu tanya aku sambil buat muka pelik 'awak ni tau tak dia ni vokalis kumpulan Antz?dia belajar kat kolej satu sekarang'
n i was like;
newboyz aku kenal lagi.
ni antz?
ANTZ?
ANTZ??!
are you fukken kidden mehh???
for those yang taktau, nahla aku bagi gambar diorg.baru google tadi.habis keluar gambar semut betul tau hikz.vokalis dia paling depan tu boleh tahan hemsem lah.
7)fakta sampingan tak berapa nak penting yang macamfak tapi betul belaka: aku ni romantik taw.eh sirius ni taktipu.muka je rempit jiwa bungabunga taw :">

8)po li ga mi.comel betul word ni kan tapi maksud dia tak berapa nak comel sangat la kan.dulu kan, aku kan, aku fikir poligami tu cool.paling cool kalau aku jadi isteri pertama.macam ketua isteriisteri gitew hihi.lagi bila aku dengar orang kata dekat akhirat nanti isteri pertama dapat payung emas ape ntah kan.tapi kan kan, bila dah besar ni kan macam jadi takut lah pulak.kalau pakwe pandang perempuan lain pon hati dah resahgelisah inikan pula nak kongsi kasihsayang kan amboi kemain tau dia :"> tapi sirius dow aku tabbik supuring lah macikmacik kat luar sana yang sanggup bermadu sampai 3 4 orang.jiwa kental!

9)sampai sekarang takfaham apa motif poke dekat fesbuk.apetu macam pukulpukul manja nak mesramesra ke?

10)sayew ni periang orangnyew.cobacobalah kawan dengan sayew.eh geli pulak pakai word periang tu.

11)dulu kan, aku ada buku sticker tau.kalau pegi kedai Enal mesti keluar singgit nak beli sticker pokemon punya pasal.penat aku kumpul beratus, satu hari ni aku tertinggal bawah meja sekolah agama.esok cari balik dah takde.hilang cemtu je :( padanmuka pergi sekolah menunjuk sticker, bukan nak belajar.kan Tuhan dah bagi balasan.

12)sedang gila menggunakan bahasa w.

13)tak berapa nak senang hati tengok orang bercakap sambil pegang benda tajam seperti garfu, pisau, gunting dsb sambil tangan ligat tunjuk sana sini.

14)ini masalah paling susah nak buang.selalu tak konfiden dengan penampilan diri dan perangai sendiri.sering bertukartukar baju berjamjam sebelum keluar tapi lastlast keluar pakai baju macam nak pegi pasar jugak.sering juga mengalami masalah menukar profile picture facebook.fikir berejam patut ke pakai gambar ni nanti orang kata bajet bagus.selain itu, bila buat status baru, tak sampai seminit dua pergi delete balik sebab takut berbaur menagih simpati dan macamacaaam lagi!perangai ni namanya 'fikir banyak sangat'

15)dulu kecikecik family suka layan x-file yang ada agent mulder dengan scully kat tv2 tu.bila nak start mesti tutup telinga taksuka betul lagu opening dia macam ada ufo nak datang colek bawak pergi.

16)ada tanda lahir kat tangan bentuk peta australia.takpon peta negeri sabah.okay australia la glemer sikit bunyi :">

17)time darjah satu penah tumpang moto mak kawan masa balik sekolah, naik bertiga lepastu kaki termasuk dalam rim.kasut koyak socks pon.patu macik tu tinggalkan tepi jalan patu kawan abah jumpa bawak pegi klinik.smpai klinik dokter kata kena jahit tapi aku cakap dengan mak tanokk patu dokter bagi ubat ape tah kaler kuning lambat gila luka tu nak baik.balik rumah kena marah sebab tumpang moto orang.ada lagi parut tu sekarang.macik tu plak pindah mana entah beberapa bulan lepastu.sayew terlalu kecik untuk memahami mengapa.dalam erti kata lain terlalu inesen dan comel untuk memahami pergelutan yang berlaku.

18)sekarang dah taktertahankan lagi.nak kench jap, kejaplagi sayew sambung balik okaii.ni lagi satu perangai.suka tahan kecnh.takbaik tau adekadek, makmak kata nanti kena batu karang.

19)tadi masa kench ingat satu benda.dulu masa kecikecik takut sangat bila nak berak sebab bayangkan ada tangan hantu keluar dari lubang cekup bontot sayew :S

20)discover hobby baru haritu.menyanyi dalam shower.sekarang masuk shower mesti tarik lagu just a dream version sam tsui punya.syiook ohh.patut orang selalu buat.

21)takboleh nak tengok sangat videovideo macam salah lompat patu terhantuk bucu muka pecah darahdarah semua sebab nanti teringatingat lagilagi before tidur.sebabtu jugak jarang baca paper nanti teringatingat eksideneksiden lori langgar moto langgar orang langgar bus lah ee taakut taww!

22)nombor aaj sayew duluu!

23)kalau kak muniew kitew zaman sekolah dulu junior panggil kak kama, sayew dulu k chemp.chempaka binti jumaat.yela muka indon takkan nak pakai nama sofea katrina farlysha kebabom pulak kan siapa nak percaya.sampai sekarang masih ada dua tiga ketul member panggil sayew chemp.macam lala, madiey.

24)perut sayew kan, bila duduk dia jadi dua lapis besar.dua lapis besar tu bersamaan dengan lapan lapis kecil tau.

25)sedang tengok bil gas.bulan ni + bulan depan = 6,222¥ bersamaan RM236.33.kira murah.kalau takbayar kena potong 7haribulan ni shit sejuk la weyy nak jalankaki pegi bank!


okaii mata aku dah sakit sangat ni byefornow.
notakakipakaisoxmerah: aku taktau nak tag siapa sebab macam takde orang nak buat je kan?


Saturday, January 15, 2011

i syg you.susah sangat ke nak faham?

zup ma nig -> pengaruh rakan sebaya
amacam hari sebtu anda?
aku baru lepas mandi ni.
pakai baju tidur, towel belitbelit kat kepala.
sumpah comel.lebih kurang cemni la;

cantik sangat ni.
cemnila cemnila;

alohh tomeyynyee.
takla cemni je snanye;


gerRrammnyee rasa macam nak cobetcobet pipi tu kan hikz.
pandang bawahla bro..potong kuku :D


fuhh suka gila perasaan ni.
cam dah mandi kan, patu badan bau bedak dah macam bayi kan.
patu pakai baju yang dah basuh bau softener pulak kan.
patu wangiwangi tu layan pulak lagu paperweight sambil potong kuku.
rasa macam suci gila wiwit.
danbo kat sebelah pasang lo16 peh bilik jadi suamsuaam gitew.
memang perfek sabtuday lah.
eh dahdahla tu kan.


okay harini aku nak cakap pasal basketball sebenarnya.
amaran penuh kasihsayang; ni entri luahan perasaan, takyah baca la, buang masa je tau.baik study kuatkuat, nak final exam kan?


yes tapaktangan 18.3cm sedap buat menampar orang ni main bola keranjang waktu indah dahulu.
bangga apit aku italickan lagu dia.


kenapa aku nak cakap pasal basket?
sebab tadi aku usha gambar member lama;


ini (madie)


ini (farah)


ini (oya)


dan ini! (oya lagi)


lepastu aku macam


argh fuck gila perasaan ni.
jeles.
jeles sebab kasut aku ni ha berhabukulatkulat punya terbiar.ball pulak beli sekadar hiasan je.tangan kiri ni dah kekok tau nak dribble macam dulu :((


dulu dekat sekolah masuk team time F5.
ha a kena rijek sampai f4 kesian kan demyuh.
aku sukaaa ingat balik perasaanperasaan ni;

perasaan dribble ball from half court sana bawak belah sini patu control game angkat sign 'satu' 'dua' patu semua settlekan part masingmasing.sumpah aku suka gilaaa jadi point guard sampai nak main position lain pon aku rasa macam takbest, taksuka, kekok gila.

perasaan bila opponent datang attack, patu semua hands up tinggitinggi ramairamai semangatsemangat.kalau tengok from luar court dah macam zombie tunggu makanan datang.tangan semua tanak panjang pulak kan.

perasaan lompat tinggitinggi masa rebound ball.bila ball tu dapat kat tangan sendiri, sumpah itu perasaan paling best dalam dunia, aku takreti nak describe cmne dah.

perasaan bila dapat steal ball from opponent then pass kat wing buat fast break T.T


sumpah aku lemah gilaa ni lama tak main.


oh zaman AAJ dulu best jugak.
punya semangat petangpetang rajin gila turun dengan izyn kat court kolej 12 tu.
habis kelas je, laju gila jalan balik bilik, smyg, tkr baju, poof! sampai court.
budak laki lembap gila pukol 6 cemtu baru nak turon jaga kulit agaknye.
tapi kalau turunturun diorg tgh main pon takbest jugak.
sebab nanti kena buat muka tak malu mengendeng sampai diorg ajak main sekali.
tapi kalau diorg tak pelawapelawa, ktorg attack kamil je la, tak pon bro wan.sebab diorg boleh dibawak berunding sikit.
kadang tu, ktorg tunggu lama gila, tapi takde org turun pon.
merayap la ktorg, jalan sampai court yg dekat dengan main gate tu.
situ best wey, dahla meriah.ramai jejaka kacak pulak tu, muscle berketul hoi! :">


kadang kan, aku suka fikirfikir.
camne lah life aku kalau aku takpilih nak belajar sini kan.
contohnye cam aku kat UM sekarang, main basket wakil kolej 12,
patu joen club tarian ke kan ceh perasan badan lembut,
wikenz lepak2 dgn kakak aku jalanjalan amek gmbr,
mlm2 lepak cafe bawah pekena nasi goreng ayam nyah dengan neslo kedai air singgit peghhh.
pergi kelas, lecture dlm english.
alaa seronoknye lah kan.
no, aku bukan tak bersyukur.
aku cakap aku fikirfikir kan.
omputey kata wondering.


fuh panjang sangat dahni aku pon malas nak menaip lagi.
so untuk menutup entri, nah aku bagi muka aku spesyel untuk tatapan no1 fans kat luar sana kahkah.
dayahcinasepet edit khas untuk aku ni jgn menmen.


i syg you basketball.forever and ever and everever and everever.
macam cimpanzi dah kan muka aku lahanat betul.
kbye.


Tuesday, January 4, 2011

nah gambar tengok sampai muntah

sup nigaas.
pacam 2011?ok?
aku osemosem je harini.


sebab perut kenyang, aku malas nak cakap banyak.
aku pon taktau apa kaitan dua tu, yang penting aku malas la nak cakap banyak sekarang, susah sangat ke nak faham?!
samseng kan hikz.


harini aku tak masak.
macam biasa lah, makan luar.baru gaya.
pergi taro makan houdai.first time.
okay cakap banyak tak guna jugak.
gambar jom;

sejam seteng aku makan nasi,udang goreng tepung,takoyaki,sotong bakaq,potato wedges,sushi,salad,green peas,qoo orange,hot cocoa,choc cake,cheese cake,crepe,aiskrim choc vanilla pudding stroberi,jelly.tahi betul orang kedai.masa dah nak habis barula dia keluarkan udang &%$)"%(&'$'(*?>}+]@

amende tah aku nak tulis kat anakpanah tu, tak ingat pulak.
before masuk semua lemah.jalan dah macam zombie.
puasa satu hari kan sematamata nak rasa fun sambarsambar dalam taro.

keluarkeluar semua nak senyum sipusipu.
aku nak bersin pon takut.takut muntah balik makanan tadi.
semua buncit.quyyum je tak, sebab dia memang takpernah buncit.
quyyum kan forever gorgeous.kan quyyum kan?
dahla gorgeous, lepastu dia la paling tak membazir malam ni haha.
tu masa nak keluar sempat lagi buat cotton candy tu.
quyyum..quyyum..*geleng pala*


oh lampu liplapliplap tu tipu je.
mana ada meriah pon kedai ni, kata kampung fukui kan.
ni dia taro; hoyeahh!

sumpah fun, berbaloi ah 2000¥ aku.kena pergi sebulan duakali ni!


ni pulak gambar harini untuk 365project aku;
semua amek kat taro.


jom dammit? :D


Friday, December 31, 2010

the foreigner

*****a bizi pakai spender kat blakang, aku rilekrilek je belogging guna lappy dia.thanks babe.elokelok p tokyo :D
weywey,


AKU BUAT PUDING KARAMEL KOT TADI!
:D :D :D


muahahahahhahah gila riak takabur kan.
babi aku tau la simple je takyahla tegur, aku tumbuk kang :(
bukan senang tau huda remli nak masuk dapur :">
bila oven bunyi ketingketing tadi eksaited je aku larilari nak tengok airtangan sendiri;
'omg, aku dah maju lah..'
lepastu hidung nak kembangkempis senyum sipusipu sorangsorang.
permulaan tahun baru yang bagus ni fuhfuh.


orang kata, kalau dah start masakmasak ni, tu tandatanda dah matengg.
kalau dah matengg ni, maksudnye..maksudnye dah boleh kawenkawen la kan?
eheh eheh eheh :">
suka tau dia kawenkawen ni.
okay kaunter dibuka, dah boleh isi borang yea dato' dato' kat luar sana.
hikz -> gelak gewdik gilew taw


gambargambar!
jejeng!
comel kan kan kaki aku malumalu masuk kemra.

penantian tu satu penyiksaan kan dayah kan?
thanks tau *****a susahsusah turunkan ilmu kat aku.
sumpah terharu ni.


oh oh, tadi buat cover dengan ajicheseliman lagi.
ni video mintak penampar harini;


jangan kondem lebih, aku pukol kang.
ada lagi satu, kalau nak checkout kelik sini -> yay
kselamattahunbarusemuabye.


Wednesday, November 24, 2010

sepuluh minit pon boleh

lepas seminggu berpeleseran kat rumah...

huda remli kembali ke sekolah wee!
macho kan entrance aku.
hitam hitam kat muka tu parut.
samseng kan?


kelas pukul satu start.
aku duduk tempat ketiga dari depan.
cemerlang kan.
sejam pertama aku mampu concentrate lagi.

mula pukul dua, mata aku dah melilaulilau.

aku usha baju budak depan.

lepastu aku usha luar tingkap.

lepastu aku usha budak tepi tingkap.

lepastu aku tengok jam balik.
shit masih pukul dua.
ni nak rasa macam britney ni;


bosanbosan aku pon bercadang untuk berangan kejap.
sebab orang kata bila berangan masa jalan cepat.

tapi benda lain pulak datang.

tibatiba teringat benda aku buat masa mandi zaman kecikecik dulu.
main timbulkan gayung guna konsep pascal..
buat air sabun..
tiuptiup buih...


tibatiba cam

demyuh sensei, sebek i takde sakit jantung.
okay sensei dah start amek kedatangan.
bagus.
sebab maksudnya kelas dah nak habis.


aku pon jawap comelcomel;

bukan apa, harini ada mamat kachak duduk belakang aku,

perangai kenala comelcomel kan :">


tibatiba ipod pon nak main lagu tangkap leleh, maaacamfak


aku tengok jam,
"oh, dah 2:20"

aku tekan pause;


"kelas tinggal sepuluh minit.
kena concentrate ni"