BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

jom lipat baju?

zup peeps.
amboi suka betul taw dia zupzup sekarang, roh nigga mana masuk badan nii?
okay takpayah nak intro panjang sangat la kan menyampah pulak nanti, stret to the point lah ayuhh.


so, masuk harini dah berharihari aku membanting tulang mengerjakan baju segerombolan ni.
dok ironlipat ironlipat, kalau pakai bajuseluar buruk sikit koyak sikit dah macam bibik indon ni ha.
muka takpayah nak cakap la kan irasiras tu ada dah, no hal lah orang kata.
amboi ironlipat baju ranjin benaa bunyinyaa.padahal kalau kat rumah malaysia tuu, muka aku ni laaah yang paling liat nak lipatkan kain seluardalam anakbaju orang.


lipat punya lipat, bila rasa dah banyak settle, senyum lah kejap kan.
sempat mainmain cium rambut depan cermin lagi tu.
tibatiba macam, eh tepi cermin tuu, eh eh ada sebakul lagi!
ha time tu tanak mencarut seminit dua dalam hati pulak kan.

my laundry pile on 365 Project

tapi tapi tapi kan, best jugak taw ironlipat baju sorangsorang ni.
lagi bila itunes nak main lagu mendayudayuuu cemni kan;


memang pepehh lah bak kata penulis sahaja.
mula la nak masuk awan sembilan.
layan perasaan lah kiteww ape lagiww hewhew.



dari fikir bendabenda bodoh macam;
'eh bilamasa aku ada baju liplapliplap ramlah ram niww?'

'amboi kecik benau ni baju adek aku ke baju aku niww?'

'uii baju sape sesat sini buruk sangat ni betul ke aku yang beli ni uuuii.'

'bilaaa lah nak ada jishin nak pakai baju cantikcantik cemni.dok terperuk dalam oshire ni je pembaziran taw kawan saiton taww'



lepastu lagu masuk chorus, ingatlah kenangankenangan macam;
'eh ni sweater beli dengan mak dulu.ala yang mak kata color hijau lagi lawa tapi aku nak pink jugak tuu.durhaka betul taw'

'eh ni tudung beli dengan along masa balik natsu 1nen dulu nii apakabar lah along sekarang ye?'

'eh ni baju hasil paw duit abah niww haha kelakar ingat muka abah time tu muncung panjang boleh sangkut hanger orang kata'

'eh ni tudung sama dengan dya beli dekat ampang park dulu.pendek tapi sukaaaa!'

'eh ni baju pakai masa pegi reunion batch bulan puasa harituu!'



sampai lah nak feelinfeelin tacing sorangsorang;
'eh ni baju pakai zaman detingdeting kat aaj dulu niww ala alaaa' :(

'eh ni beli sebab nak pakai dengan dia tapi tak sempat lah pulopp' :(

'eh ni tudung dia bagi ni tapi tak konfiden nak pakai sebab color kemain sangat' :(

'eh baju ni la yang dia suka tengok aku pakai tu kan?ala alaa' :(



haha lepastu rindu semua orang..
family..member..sejarahsejarah :">
aww sweet jugak aku ni rupenyeww ahaks.
esok nak sekaip dengan mok lahh.


ha seronok tak seronok?apalagi,
jom lipat baju?
ahaks


Friday, February 4, 2011

jerawat dalam mata wtf bro

sayew telah ditag oleh k muniew yang sukew menekannekan kibodnyew untuk mengelistkan 25 random things pasal diriw sayew sendiriw okay that's annoying.
so apa ditunggu lagi tu jemputlah bacaa *mengenyit mata*


FAKTA ASAS

1)huda ramli, warganegara malaysia walaupun muka kat ic sumpah indon, 55kg yaitu berat tulang :">

2)gambar terkini:

3)gambar keluarga:

FAKTA SAMPINGAN

4)aku takut kepada hampir semua binatang.the fact that these creatures can move like human do, but they are not actually human really scares me you know.amboi main bahasa london taw dia.tapi sirius dow, aku memang takboleh nak pegang sebarangsebarang ni.tengok orang pegang kucing rasa nak pegang jugak.tapi baru usap sikit aku rasa tulang dia gerakgerak lepastu terus rasa macam euwhh.cakap pasal kucing, kakak adek aku sukaa sangat nak main campakcampak kucing kat aku boleh heart attack taw kalau selalu kena cemni i hate you all.

5)dulu suka color oren&kuning, lamalama fikir asal parya sangat color ni, tukar, pergi suka hitam,merah,putih pulak.lepastu bosan tukar lagi suka color pink.sekarang taktau nak suka color ape dah.suka semuaaa kot.

6)dulu aku masuk satu karok contest ni tau, kat UM.masa tunggu turn aku borak dengan sorang macik n mamat kacak ni.borak punya borak tibatiba macik tu tanya aku sambil buat muka pelik 'awak ni tau tak dia ni vokalis kumpulan Antz?dia belajar kat kolej satu sekarang'
n i was like;
newboyz aku kenal lagi.
ni antz?
ANTZ?
ANTZ??!
are you fukken kidden mehh???
for those yang taktau, nahla aku bagi gambar diorg.baru google tadi.habis keluar gambar semut betul tau hikz.vokalis dia paling depan tu boleh tahan hemsem lah.
7)fakta sampingan tak berapa nak penting yang macamfak tapi betul belaka: aku ni romantik taw.eh sirius ni taktipu.muka je rempit jiwa bungabunga taw :">

8)po li ga mi.comel betul word ni kan tapi maksud dia tak berapa nak comel sangat la kan.dulu kan, aku kan, aku fikir poligami tu cool.paling cool kalau aku jadi isteri pertama.macam ketua isteriisteri gitew hihi.lagi bila aku dengar orang kata dekat akhirat nanti isteri pertama dapat payung emas ape ntah kan.tapi kan kan, bila dah besar ni kan macam jadi takut lah pulak.kalau pakwe pandang perempuan lain pon hati dah resahgelisah inikan pula nak kongsi kasihsayang kan amboi kemain tau dia :"> tapi sirius dow aku tabbik supuring lah macikmacik kat luar sana yang sanggup bermadu sampai 3 4 orang.jiwa kental!

9)sampai sekarang takfaham apa motif poke dekat fesbuk.apetu macam pukulpukul manja nak mesramesra ke?

10)sayew ni periang orangnyew.cobacobalah kawan dengan sayew.eh geli pulak pakai word periang tu.

11)dulu kan, aku ada buku sticker tau.kalau pegi kedai Enal mesti keluar singgit nak beli sticker pokemon punya pasal.penat aku kumpul beratus, satu hari ni aku tertinggal bawah meja sekolah agama.esok cari balik dah takde.hilang cemtu je :( padanmuka pergi sekolah menunjuk sticker, bukan nak belajar.kan Tuhan dah bagi balasan.

12)sedang gila menggunakan bahasa w.

13)tak berapa nak senang hati tengok orang bercakap sambil pegang benda tajam seperti garfu, pisau, gunting dsb sambil tangan ligat tunjuk sana sini.

14)ini masalah paling susah nak buang.selalu tak konfiden dengan penampilan diri dan perangai sendiri.sering bertukartukar baju berjamjam sebelum keluar tapi lastlast keluar pakai baju macam nak pegi pasar jugak.sering juga mengalami masalah menukar profile picture facebook.fikir berejam patut ke pakai gambar ni nanti orang kata bajet bagus.selain itu, bila buat status baru, tak sampai seminit dua pergi delete balik sebab takut berbaur menagih simpati dan macamacaaam lagi!perangai ni namanya 'fikir banyak sangat'

15)dulu kecikecik family suka layan x-file yang ada agent mulder dengan scully kat tv2 tu.bila nak start mesti tutup telinga taksuka betul lagu opening dia macam ada ufo nak datang colek bawak pergi.

16)ada tanda lahir kat tangan bentuk peta australia.takpon peta negeri sabah.okay australia la glemer sikit bunyi :">

17)time darjah satu penah tumpang moto mak kawan masa balik sekolah, naik bertiga lepastu kaki termasuk dalam rim.kasut koyak socks pon.patu macik tu tinggalkan tepi jalan patu kawan abah jumpa bawak pegi klinik.smpai klinik dokter kata kena jahit tapi aku cakap dengan mak tanokk patu dokter bagi ubat ape tah kaler kuning lambat gila luka tu nak baik.balik rumah kena marah sebab tumpang moto orang.ada lagi parut tu sekarang.macik tu plak pindah mana entah beberapa bulan lepastu.sayew terlalu kecik untuk memahami mengapa.dalam erti kata lain terlalu inesen dan comel untuk memahami pergelutan yang berlaku.

18)sekarang dah taktertahankan lagi.nak kench jap, kejaplagi sayew sambung balik okaii.ni lagi satu perangai.suka tahan kecnh.takbaik tau adekadek, makmak kata nanti kena batu karang.

19)tadi masa kench ingat satu benda.dulu masa kecikecik takut sangat bila nak berak sebab bayangkan ada tangan hantu keluar dari lubang cekup bontot sayew :S

20)discover hobby baru haritu.menyanyi dalam shower.sekarang masuk shower mesti tarik lagu just a dream version sam tsui punya.syiook ohh.patut orang selalu buat.

21)takboleh nak tengok sangat videovideo macam salah lompat patu terhantuk bucu muka pecah darahdarah semua sebab nanti teringatingat lagilagi before tidur.sebabtu jugak jarang baca paper nanti teringatingat eksideneksiden lori langgar moto langgar orang langgar bus lah ee taakut taww!

22)nombor aaj sayew duluu!

23)kalau kak muniew kitew zaman sekolah dulu junior panggil kak kama, sayew dulu k chemp.chempaka binti jumaat.yela muka indon takkan nak pakai nama sofea katrina farlysha kebabom pulak kan siapa nak percaya.sampai sekarang masih ada dua tiga ketul member panggil sayew chemp.macam lala, madiey.

24)perut sayew kan, bila duduk dia jadi dua lapis besar.dua lapis besar tu bersamaan dengan lapan lapis kecil tau.

25)sedang tengok bil gas.bulan ni + bulan depan = 6,222¥ bersamaan RM236.33.kira murah.kalau takbayar kena potong 7haribulan ni shit sejuk la weyy nak jalankaki pegi bank!


okaii mata aku dah sakit sangat ni byefornow.
notakakipakaisoxmerah: aku taktau nak tag siapa sebab macam takde orang nak buat je kan?


Monday, November 8, 2010

untuk semua 90s kid out there

rajin gila malam ni buat kerja pakai otak.


tadi itunes main lagu sugar ray.
rindu pulak zaman mudamuda.


sebelum tu play ni dulu bagi mood 90an datang


yang lebih kepada musik pop macam aku :"> play yang ni


rindu kan.
sekarang ni tahi macam justin bibir yg dok buat duit jutajuta.
bosan betul.
eh aku lek je snanye dgn j.bibir.
siap jogetjoget kot dengar eenie meenie.
saja joen orang lain ngutok dia.rasa cool.muahahah
whateverlah nyahh
bukan nak cakap pasal kau pon malam ni.


okay, to the point.


eh
ingat ninja turtles tak?
captain planet?
ace ventura?
man in black?
sabrina the teenage witch?
buffy the vampire slayer?
backstreetboys?
britney spears?
friends?
back to the future?
eh back to the future movie 80an kot.


zaman 90an memang terbaikk kan.
untung rasa sempat membesar zaman tu.


cakap pasal duludulu ingat tak yang ni?

dulu, kalau dapat cabut selai uban kat pala abah dapat seposen.
rambut abah masa tu hitam lagi.bila dapat cabut, abah tipu kata putus.
lastlast dapat lima nam posen je.
cukupla nak beli apollo ke ape.


masa kecikkecik, nak beli jajan takde duit.
so bila abah suruh cabut uban, laju je.
tak pun bila mak bagi duit suruh beli barang kat kedai.
balik rumah ada je barang tambahan.
ala biaselah kecikecik songlap seposen dua.


masa dah besar, senang sikit.duit poket dah ada.
makan kat kantin pon emak bayar.
sebab mak kan cikgu kat situ.
cakap pasal duit poket, ui seringgit tu macammacam boleh beli.
haihh murahnye la barang zaman dulu.


tibatiba cam nak nangis.
sumpah rindu gila zaman kecikecik.
sekarang dah besar,
semua benda pon nak sirius.
macamacam nak kena fikir.
bosan betul.


okay berbalik kepada tajuk utama,
sape rindu zaman 90an angkat tangan!


Tuesday, October 19, 2010

人生の節目

style kan post title
tadi masa belajar sensei ada sebut, jinsei no fushime.
maksud dia turning point dalam kehidupan.


kejap.
ni entri matang.takde unsur fun tau!terima kasih


oke so, start dengan
ZAMAN TADIKA,
taktau knp tapi aku suka proses bangun pagi, mandi sejuksejuk, breakfast roti telur minum milo, pakai baju segaksegak semua tu.macam budak nilah senang cerita;


tertidurtidur nak pergi mandi.comel macam aku kan.
tapi aku cerah sikit kot : | sirius wey sirius!entri matang kan ni.so, dulu, aku start pergi tadika umur 5tahun.sebab aku budak yang rajin.aku tak suka lepaklepak rumah tengok powerpuff girl semua ni.hobi aku sampai sekarang memang tak ubah.belajar belajar belajar.oke merapu.

sambung cerita.dulu along yg selalu siapkan aku sebab time tu mak dgn abah dah pergi kerja.bila dah siap pakai kemeja kotakotak merahputih, skirt blueblack semua, nanti dia pakaikan aku bedak kat muka, patu dia sikatkan rambut.panas gak ah bila dia buat belah tengah.tak cool langsung!tapi sebab aku budak baik, aku diamkan je la.tanak nampak durhake, aku ubah tengah jalan time pergi sekolah tu.belah tepi balik.guna tangan je.rock kan?tadika tu belakang rumah je, pergila aku jalankaki sorgsorg.tak macam budak lain.lemak beketul nak kena mabapak anta naik kete lah apelah.

zaman tadika aku tak pernah buat hal berak kencing dalam seluar semua ni.kan aku dah cakap, aku kecik kecik macho gila.rambut belah tepi kot?wtf ayat tak masuk lansung,tapi takpe layankan aje.


ok masuk
ZAMAN SEKOLAH RENDAH,
kalau dulu tadika belakang rumah, sekolah rendah aku jauh sikit.pergi sekolah nak tanak terpaksa nampak manje, abah hantar naik kete.masuk darjah satu, aku taktau knp aku gelabah semacam.keje nak menangis je.tah mane pergi macho zaman tadika dulu.aku ingt pernah sekali time kelas musik, budakbudak dok seronok menyanyi lagu ape ntah tajuk dia.aku tak join pon.aku dok diam menangis senyapsenyap sebab takut.lagu tu ada bunyi 'embekk embekk'.lagi mengembek diorg, lagi kuat aku menangis.sebab bila diorg mengembek, aku rasa macam segerombolan kambing datang nak attack aku.haha camfak kan.

cikgu tu repot mak aku sbb mak aku cikgu sekolah tu jugak.straight mak aku datang tarik rambut dpn member2 ni.patu marahmarah.peh jatuh saham lah sioot.tp sirius ah lepastu zaman macho aku kembali.dah tak nangis sebab takut kena tarik rmbt lagi.mak aku garang weyy.kalau nk cte smpai esok pg pon tak hbs ni.ckupla aku cte yg mak aku penah ketuk pintu bilik air guna tukul besi!pegh meremang ni bulu satu badan bila ingat balik.

masa drjh 4 pulak berlakon cerita puteri gunung ledang.spttnye aku bercinta dgn hang tuah ke ape, aku pon taktau sgt jln cte dia.tp aku tersuka kat sultan mahmudnye pulak.hihi.gedik kan.saaaampai drjh nam.dia jadi ketua pengawas.aku jadi penolong ketua pengawas.lepastu ada budak baru masuk, habis macam2 drama jadi.geli kan baca.haha.cinta munyet biaselahh.


ZAMAN SEKOLAH MENENGAH
zaman ni lagi lah takde bnd nak dibanggekan.entah knp aku membesar menjadi seorang loser.yelah, aku malas belajar.aku tak tiptop bila keluar result peksa.aku tak hot pulaktu.tak layak masuk gang yang kontek2 budak laki skola lain ni.nak masuk gang otai yang suka buat hal apetah lagi.aku budak yang tak masuk radar ni.aku la budak gemok yang kerja dia g dining hall sapu semua makanan sekolah bagi tu.bukan ape, tak baik membazir orang kata.orang kata lagi, rezeki takbaik ditolak.kan.kadang kalau malam tu supper biskut, mau dengan tin2 biskut tu aku bawak balik dorm.yelah, budakbudak lain kayakaya, takde manenye nak makan biskut timbang kat dining hall tu.ha akula jugak budak yang lari terkedekedek masa latihan petang basket tu.oh zaman ni satu benda je yg buat aku rasa bangga.dynamites.oke tu cte lain.


ZAMAN AAJ
ni boleh kira turning point gak kot.zaman ubah imej.dari pakai seluar londehlondeh tukar boot fit jeans.dari pakai t shirt lengan pendek tukar long sleeve.dari pakai slebet2 tukar feminin2 :"> dating2 semua time ni la.sikit2 mid,sikit2 klcc.budak baru nak up orang kata heheh.

sirius ah zaman ni kalut gila.belajar sampai petang.kadang kelas sampai nak masuk maghrib, babeng punya jitsuhara.tapi aku maafkan sbb macho sgt :"> homework belambak tak hengat.test, exam berjutalemon.tapi semua tu berbaloi ah.sebab aku dapat sampai sini sekarang.


ZAMAN U
.
.
.
eh macam taktau pulak nak tulis ape.
cmne?


banyak lagi turning point lepasni;
ZAMAN KERJA
ZAMAN KAWEN
ZAMAN DAPAT ANAK
ZAMAN DAPAT CUCU


ada lagi peluang kalau nak ubah salahsilap dulu.harapharapnye berjaya la aku jadi orang yang menyumbang kepada masyarakat, isteri yang solehah, emak yang terbaik, nenek yang penyayang lepasni.aminn



kan aku dah kata, ni entri matang :">



bagi yang berjaya habiskan baca entri ni, tahniah la.
sebab aku pon macam malas nak baca balik check spelling error semua hahah