"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah." [57:22]
Q: Kalau semua benda Allah dah tetapkan, kenapa kita still di'blame' atas dosa yang kita buat? Bukan ke itu tak adil? Bukan ke kita cuma ikut aturan Allah?
A: Sebenarnya, Allah merealisasikan sesuatu tu ATAS PILIHAN KITA SENDIRI. Yes, kita didatangkan ilham (oleh Allah / Malaikat / Nafsu / Syaitan) untuk buat kebaikan atau keburukan, pahala atau dosa. Tapi, pilihan tu terletak pada tangan kita sendiri. KITA YANG PILIH, nak buat atau tak. Dan apa yang kita bakal buat tu, semuanya dah dalam pengetahuan Allah (sebab Allah kan Maha Mengetahui). So, itulah yang tercatat dalam Lauh Mahfuz. Kiranya, bila kita melakukan sesuatu dosa tu, kita sedang mengikut ketetapan Allah ATAS PILIHAN KITA SENDIRI.
Bercakap pasal 'ilham', ilham ni mcm yg kita tau, datang dari 4 sumber.
1. Allah : bilamana kebaikan yg kita nak buat tu dtg secara membuak-buak (STRONG feeling).
2. Malaikat: bilamana kebaikan yang kita nak buat tu adalah sebab bisikan sesuatu.
3. Nafsu: bilamana keburukan yang kita nak buat tu adalah sebab nafsu sendiri.
4. Syaitan: bilamana keburukan yang kita nak buat tu adalah sebab bisikan sesuatu.
Contoh ilham yang dtg dari syaitan: Ada org mintak duit untuk program derma. Kita ada RM1 dgn RM5. Kita nak bagi RM5 dahni, tiba-tiba kita terdetik,
'Sayanglah nak kasi RM5, baik RM1 je. Kalau aku kasi RM1, org lain kasi RM1, kumpul-kumpul byk jugak jadinya nanti.'
Ada certain org akan go with RM1 sebab rasa lagi ikhlas bila hulur RM1. Tapi menurut pendapat sorg kakak ni, sebenarnya the best solution utk situasi ni adalah, bagi je RM5 walaupun berat hati. Biarlah kurang ikhlas. Sebabnya, kalau sekali ni kita kalah dengan bisikan syaitan tu, the next time, syaitan akan hasut kita kpd benda yg lebih teruk lg sbb dia tau kita sng kalah. Lagi satu, kalau nak cerita pasal ikhlas, ikhlas tu kan boleh dipupuk. Doalah pada Allah, Allah akan bantu bila niat kita baik. Mungkin awal-awal kita rasa berat, tapi lama-lama nanti, mungkin nak hulur RM10 pon kita rasa ringan je. Tapi papehal pun, bila nak derma ke apa, ikutlah kemampuan, jangan sampai memudaratkan diri sendiri :)
So, 2 benda yg nk disimpulkan dr post ini adalah;
- Disebabkan dekat akhirat nnt kita bakal bersalah atas perbuatan kita sendiri, jomlah sama-sama kita decide lebih carefully tentang apa je pilihan yang kita bakal buat. Doa pada Allah untuk kasi kita lebih cenderung memilih kepada kebaikan. Allah tu dekat sangat dengan kita. Nak buat decision ttg the simplest things pon, mintak je petunjuk drpd Dia.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." [50:16]
- Makin kita cuba dekat pada Allah, makin kita cuba buat kebaikan, syaitan lagi kuat menghasut kita. Sebab tu kadang-kadang kita tengok, org lagi warak, lagi alim boleh buat dosa lagi teruk drpd kita yang biasa-biasa ni. So, untuk sentiasa menjauhkan diri drpd syaitan, eloklah kita amalkan doa ni (Surah al-Mu'minuun; 97,98)
Click to enlarge ;) |
InsyaAllah tu je kot setakat ni. Dulu diri sendiri pun prnh terfikir soalan yg sama. So, bila dgr jwpn ni rasa excited gilaa nk sharing :D Kalau pernah dgr or prnh baca from mana-mana, ambillah ini as a reminder. Post ni adalah untuk ingatan diri sendiri juga. Kalau ada salah silap mohon tegur, mohon betulkan. Semoga kita sama-sama mampu perangi nafsu sendiri, perangi syaitan. Ke arah yg menjadi muslim yg lebih baik! Amiin :)
3 KOMENTAR:
*muhasabah diri.
:D yeay sab bacaaa :')
sebaik-baik infak adalah barang yg kita plg syg.so klau syg rm5 tu,lebih baik bg rm5.hoho
Post a Comment