BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 22, 2015

"Rezeki masing-masing"

"Ni la bilik Along..." Along senyum sambil susun barang-barang.

Aku perati keliling. Size bilik ada la dalam 3m x 2.5m. Aku pon tak berapa sure, yang penting, tak besar. Personal belonging tersusun elok, semuanya atas lantai. Hujung bilik ada al-Quran besar atas bantal.

Terngiang-ngiang kata-kata along dalam kereta tadi,

"Along sehari makan kat tempat kerja je, sekali. Jimat sikit, lauk dia murah..malam kalau lapar Along makan roti ke..Along letak sardin..(ketawa)..tak pon..biskut kering tu along cecah nescafe..kenyang."

Aku cuba cari tilam..tak jumpa. Ataupun tak terjumpa sebab mata aku dah berkaca-kaca. Aku keluar jap, kesat air mata.

"Adui, tanak stop pulak dah...." air mata makin laju, aku kesat laju-laju tanak bagi Along nampak. Tarik nafas sikit, cuba buat rilek.

"Tu nak limau tu amek la.."

"Eh takpela long..Huda bukannye makan sangat limau..(tipu)"

"Eh amek lah..bagi budak2 rumah." Terus dia hulur ke tangan aku dua biji.

Aku tunduk je. Puas tahan air mata. Aku keluar bilik. Buat-buat tengok 'ruang tamu' yang ada tiga bilik lain.

"Ni budak-budak ni takde sunyi je rasa.."

Kali ni tak boleh tahan. Jatuh air mata. Terfikir pasal call dia yang kadang-kadang aku jawap acuh tak acuh. Dia call nak bersembang, bukannye lama pon (sebab credit tak banyak). Mungkin time tu dia rasa lonely sangat, tu dia call. Ya Allah serba salahnya aku rasa..

"Along selalu doa untuk abang Adi, semoga dia jumpa jodoh..jangan jadi macam Along. Kadang sampai nangis Along doakan dia Huda.."

Allah..terngiang lagi dialog dalam kereta tadi.

Kuatnya along, in spite of all the hardship, dia masih mampu senyum, masih mampu memberi.


Memang betul kan org cakap,


"Allah gives His toughest battles to His strongest soldiers."


Habis kemas barang, Along iring aku ke kereta. Dia hulur satu bungkusan. Dia peluk aku. Dia pesan,

"Jangan nangis. Bawa kereta elok-elok. Huda kerja rajin-rajin..jangan jadi macam Along.."

That last sentence really broke my heart.



* * * * * * * * 



" Nah, buat bancuh air.." 




2 KOMENTAR:

Анна Лапина said...

Проститутки Киева активно участвуют в политике и в финансировании своей семьи.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)